Siri 1 Lotus_Elise

Falsafah rekabentuk Lotus adalah "Prestasi melalui badan yang ringan", mula diguna pakai oleh pengasas Lotus, Colin Chapman. Cogan kata tersebut menyebabkan Lotus memperoleh prestasi tinggi melalui kereta-kereta yang ringan daripada keluaran enjin yang tinggi, menumpukan kepada ketulenan dan dinamik pemanduan.

Lotus Elise Siri 1 di pinggir selekoh Russell Chicane, Litar Snetterton.

Hasilnya ialah kereta sport yang mula dikeluarkan pada tahun 1996 seberat hanya 720 kg. Jika dibandingkan, kereta Porsche Boxster pula 74% lebih berat iaitu 1,250 kg.

Elise mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat walaupun enjinnya hanya sekuat 118 bhp[1]. Daya membrek, pengendalian di selekoh serta penggunaan bahan api juga bertambah baik hasil pengurangan berat kereta.

Walaupun berteknologi tinggi, ia mampu dimiliki penggemar kereta sport yang mahu berjimat tetapi tetap mahukan prestasi tinggi serta rupa.

Selain varian berprestasi tinggi "standard" di bawah, Lotus juga menghasiklan beberapa edisi terhad seperti Sport 135 (1998/9) dengan kuasa kuda 145 bhp (108 kW), Sport 160 (2000) dengan kuasa kuda 150–160 bhp (112–119 kW) dan Sport 190 (190 bhp / 142 kW). Model tersebut lebih sesuai di litar lumba dengan sistem gantungan, roda dan tayar serta tempat duduk sport, bergantung kepada model. Ada juga edisi terhad yang hanya sekadar perubahan kosmetik seperti Edisi Ulang Tahun ke-50 (hijau/emas) sempena sambutan ulang tahun Lotus ke-50, Type 49 (merah "Daun Emas" dan putih dwi-tona), dan Type 72 (hitam "JPS"/emas) sempena mengenang angka jenis kereta Grand Prix mereka yang berjaya.

Varian:-